SEJARAH RAJA RAJA BUGIS-RIAU
Maka tersebutlah Opu La
Maddusilat ( Petta Mattinroe ri Polka). Maka ia
itulah cucu nya Datu Ri Luwuk, dan cucu nya
juga Datu Ri Soppeng, dan cucunya juga Arung Bateteng Pola. Dan Opu La Maddusilat itu beranakan Opu Pajung
Daeng Telana ( Luwu ), Opu Daeng Biasa ( Betawi
), dan La Tendri Borong Opu Daeng Rilakka. Maka La Tendri Borong Opu Daeng Rilakka ini beranak kan
lima orang laki laki satu bonda ia itu : Opu Daeng Perani , Opu Daeng Menambun,
Opu Daeng Marewah, Opu Daeng Chellak dan Opu Daeng Kemasi , dan seorang anak
perempuan bernama Datu Ri Watu dengan isteri nya Raja To Pammana. Dan Datu Ri Watu ini
lah nenda nya Engku Karaeng Talibak.
Maka dengan takdir Allah
Ta'alah maka datang lah pula khuatir kepada Bendahara. Maka meminta lah
pula ia akan menjadi Raja didalam negeri Riau ,
kerana Raja Kechil akan berbalik ke Siak Indera Pura. Lagi pun ia pangkat lagi
tua. Maka tidak lah dibenarkan olih Raja Kechil. Maka lalulah pula
berkecil hati Datuk Bendahara itu. Berdendam lah didalam hati nya
tiada dikeluarkan, sekadarkan mencari sajalah fitnah dan helah mudah
mudahan tercapai lah maksudnya. Serta di perbaiki nya lah Raja Sulaiman Badrul
Alam Shah. Didalam hal itu terdengar khabar kepada nya ada lima orang
anak Raja Bugis yang muda muda menjadi kelana perajurit agung jayeng seteru
johan pahlawan disebelah timur, di Tanah Bugis, sekarang telah berpengkalan di
selat Peniting Pulau Siantan.
Maka berkirim surat lah
Bendahara dan Sultan Sulaiman . Adalah didalam surat nya itu
menyebutkan minta bantu tolong ambil kan kembali negeri Johor dibawah tapak
kaki anak Raja Minangkabau itu perbahasaan nya. Maka
tatkala sampai lah surat itu kepada anak anak Raja Bugis yang berlima
beradik itu , ia itu anakanda La Tendri Borang Opu Daeng Rilakka, ia itu anak
raja Luwuk itu Opu La Maddusilat . Ada pun Opu Opu yang lima beradik yang muda
muda belia itu, adalah cucundanya.
Syahadan tatkala sampai
lah surat itu maka redha lah Opu Opu yang lima beradik itu akan datang
ke Riau dengan tujuh buah kapal layar besar berpengkalan di pulau Siantan bagi
membantu menolong Sultan Sulaiman itu. Maka ini lah satu
sebab asbab daripada Allah Ta’ala menjadikan Raja Bugis berkerajaan
di Negeri Riau. Maka lagi akan datang kisah nya , maka ia pergi dan melanggar
Riau dan melanggar Siak dan melanggar Kedah itu pada sejarah ini.
Syahadan ada lah Opu Opu
yang berlima itu ia itu: Opu Daeng Perani, Opu Daeng Menambaun, Opu Daeng
Marewah, Opu Daeng Chellak (Ada pun disebelah barat ia disebut Daeng Pali), dan
Opu Daeng Kemasi.
Syahadan ada pun Opu Daeng Menambun itu
lah kelak menjadi Raja di Mempawah Kalimantan Barat, bergelar Pengeran Emas Surya
Negara dan Opu Daeng Marewah itu lah kelak menjadi Yang DiPertuan Muda di Riau
yang pertama (1722-1728), ialah bergelar Kelana Jaya Putra,
tatkala mangkat didalam negeri Riau disebut orang Marhum mangkat di Sungai
Baru. Dan Opu Daeng Chelak itu lah kelak menjadi Yang DiPertuan Muda
yang kedua (1728-1745) didalam negeri Riau. Apabila sudah mangkat
di panggil orang Marhum mangkat di Kota, dan Baginda lah yang beranakan
Raja Haji (Marhum Telok Ketapang) serta saudara nya. Dan Marhum Telok Ketapang
itu lah beranakan Yang Di Pertuan Muda Raja Jaafar menjadi yang dipertuan
Muda V1 (1806-1832), apabila mangkat digelar orang Marhum kampung Ladi. Serta
saudara nya anak cucunya menjadi Yang di Pertuan Muda didalam negeri Riau
turun temurun. Dan Marhum mangkat di Kota(opu Daeng Cellak) itulah
yang beristerikan anak Raja Melayu bernama Tengku Mandak binti Sultan Abd
Jalil, saudara kandung kepada Sultan Sulaiman. Maka
Sultan Sulaiman ini lah beranakan Sultan Abd Jalil (Raja Di
Baroh) dan beristerikan Tengku Putih binti Opu Daeng Chellak. Maka
Sultan Abd Jalil (Raja di Baroh ) ini beranakan Sultan Mahmud Shah 111
(Marhum Mesjid) , dilantik
menjadi Sultan olih Daeng Kemboja YDM lll semasa berumur sembilan bulan, beristerikan Cik Makoh binti Daeng Maturang (En Jaafar) beranakan Tengku Long (Sultan Husin Shah) . Isteri keduanya ialah
Cik Mariam binti Datuk Shah Bandar Hassan beranakan Sultan Abd Rahman (Daik-Lingga). Isteri ketiga nya ialah Engku
Puteri (Raja Hamidah binti Raja Haji , Marhum Teluk Ketapang). Ada pun Sultan Husin itu
diam di Singapura, seterusnya berpindah
ke Melaka dan mangkat di Tengkera Melaka pada 05 September 1835 bersamaan 10 Jamadil awal 1251 H, dimakam kan orang
diperkarangan mesjid Tengkera, adalah yang membaca talkin di pusara semasa majlis
pemakaman itu ialah seorang India Muslim bernama , tuan khatib Mahmud bin khatib Musa.
Adapun Sultan Husin Shah ini
beranakan Sultan Ali Iskandar Shah memerintah
jajahan Kesang pada tahun 1855-1877, dan mangkat di
Kampung Umbai Melaka pada 20 jun 1877 dirumah isterinya muda nya Cik Sembok binti Mokmin. Dimakam kan orang
diperkarangan mesjid Umbai. Sultan Ali Iskandar Shah ini beranakan Tengku Alam, bergelar (Sultan Alauddin Al - Masik Billah Al-
Manan), tinggal di Kampung Gelam Singapura, di panggil orang Sultan tidak
bernegeri. Maka tercetus lah perang Jementah
dalam tahun 1879 bagi merebut kembali jajahan Kesang yang telah
dimasukan semula kedalam Johor olih Sultan Abu
Bakar Johor.
Salsilah bugis -charta
penulis Tok Jaafar Kelana Albugis ,disunting olih Mushad 03/01/2018




