Jan 8, 2018

Perang Bugis Selangor & Belanda

PERANG SELANGOR (BUGIS)-BELANDA (1784-1786)

Pada 1700 kita dapati bahawa
Selangor pada waktu ini adalah masih berada dibawah Kerajaan Johor-Riau.Ini adalah dapat dibuktikan melalui penyataan yang mengatakan bahawa pada waktu ini yamtuan Selangor yang tidak dapat diketahui namanya adalah mendapat kuasa melalui pemberian Cop Mohor oleh To' Engku Kelang yang dikatakan mempunyai kaitan pertalian persaudaraan dengan Sultan Abdul Jalil 1V (Sultan Johor-Riau ).To; Engku Kelang juga adalah mendapat kuasa daripada baginda dimana To' Engku Kelang adalah wakil Pemerintah Kerajaan Johor-Riau di Kelang.




Menjelang awal kurun ke-18 ini juga kita perhatikan bahawa kuasa bugis telah bertapak kukuh di Selangor.Pernyataan ini adalah dapat dibuktikan melalui peranan selangor sebagai markas Bugis dalam meluaskan pengaruhnya di beberapa negeri sekitar Selangor.Pertama kita lihat peranan Selangor dalam konflik dalam Kerajaan Johor-Riau.Sewaktu Bugis menentang Raja Kecil yang merampas kuasa daripada Sultan Abdul Jalil 1V.Dalam menghadapi Raja Kecil Orang-orang Bugis telah menjadikan Selangor sebagai markas bantuan dari segi tentera dan markas serangan.Ini dapat kita lihat dimana sewaktu Orang-orang Bugis menyerang Riau mereka terlebih dahulu mengumpulkan tentera di Langat dan Selangor.Dalam petempuran tersebut Pihak Bugis telah mencapai kemenangan lalu berjaya menawan Kerajaan Johor-Riau. Hasil daripada kemenangan ini kita dapati bahawa Raja Sulaiman telah dijadikan Yang Dipertuan Besar manakala Daing Merewah telah dijadikanYamtuan Muda1 .Selepas itu hasil kunjungan Daing Parani ke Selangor akhirnya beliau dikahwinkan dengan anak Yamtuan Selangor yang bernama Tengku Puan Berima.Yamtuan Selangor adalah Arong Pasarai yang berbangsa Bugis . 

Selangor juga adalah telah menjadi pusat campurtangan Bugis keatas negeri-negeri sekitarnya seperti Kedah dan Perak. Ini dapat kita perhatikan bila
pada 1732 berlaku perang saudara di Kedah pihak Bugis telah terlibat secara langsung .Pihak Bugis telah membantu Sultan Kedah dalam memerangi adiknya yang dibantu oleh Raja Kecil.Sewaktu peperangan ini pihak bugis telah menjadikan Selangor sebagai pengkalan serangan dan tempat mengumpul tentera.Dalam peperangan di Kedah ini kita dapati Sultan Kedah dan Pihak Bugis telah mencapai kemenangan.Walaupun begitu Daing Parani telah terbunuh dalam peperangan ini. Pada 1728 pula Daing Merewah telah membantu adik Sultan Perak (Raja Inu ) memerangi abangnya (Sultan Alaudin Mughayat Syah ).Sekali lagi Selangor menjadi pengkalan serangan dan bantuan logistik kepada pihak Bugis. Dalam peperangan ini pihak Bugis telah mendapat kejayaan. 


Perang Selangor-Belanda yang bermula pada tahun 1784 disebabkan Belanda terlalu marah kepada Sultan Ibrahim ibni Sultan Salehuddin (Raja Lumu) ibni Daeng Chelak kerana memberi bantuan ketenteraan kepada Raja Haji Fisabilillah (Marhum Teluk Ketapang) ibni Daeng Chelak maka Belanda telah bertindak untuk menyerang kubu Sultan Ibrahim di Kuala Selangor atau lebih tepatnya terletak di Bukit Melawati. Sebab lain serangan itu dibuat adalah untuk menamatkan ancaman ekonomi dan kuasa Selangor yang kian membangun di wilayah Selat Melaka yang sememangnya memberi persaingan kepada Belanda.

Tanggal
13 Julai 1784, serangan dari Belanda yang diketuai oleh Laksamana Jacob Peter Van Braam itu bergerak dari Melaka dengan 11 buah kapal perang. Belanda juga mendapat bantuan dari angkatan tentera dari Siak yang diketuai oleh Raja Muhammad Ali yang sememangnya bermusuhan dengan orang-orang bugis secara tradisi.

Angkatan tentera
Belanda membedil Kuala Selangor dengan dahsyat dan memberi tempuran yang sengit kepada tentera-tentera Selangor dari arah Sungai Selangor dan dibalas oleh meriam-meriam askar-askar Sultan Ibrahim di kubu. Angkatan tentera Selangor diketuai oleh panglima perangnya yang bernama Saiyid Jaafar. Perang yang amat hebat antara dua pihak ini berlangsung selama 2 minggu.

Akhirnya pada
2 ogos 1784, Belanda berjaya menawan Kuala Selangor dan sekaligus dapat menawan kubu utama orang-orang Selangor iaitu Bukit Melawati. Sultan Ibrahim bersama 300 orang tentera dan pengikutnya terpaksa berundur sehingga ke Pahang dan disitu baginda disambut baik oleh Bendahara Abd Majid.


Setelah Belanda berjaya menawan Bukit Melawati, mereka menghancurkan kubu disitu dan membina kubu yang baru yang menampakkan ciri-ciri kubu Belanda. Kubu yang baru itu diberi nama Fort Altingsburg (sempena nama Gabenor-Jeneral Belanda) dan Fort Utrecht (sempena nama kapal perang Belanda).

Selain itu
Belanda telah melantik Raja Muhammad Ali sebagai 'sultan' Selangor yang baru. Tak lama kemudian Raja Muhammad Ali telah pulang ke Siak dan tempatnya diambil oleh anak saudaranya yang bernama Saiyid Ali yang mengiktiraf dirinya sendiri sebagai 'sultan' .

Rakyat-rakyat Selangor tak iktiraf beliau sebagai raja mereka kerana atas jati diri yang kuat sebagai orang Bugis dan penerimaan daulat Sultan Ibrahim sebagai wangsa Bugis sebagai waris yang sah. Belanda cuba memujuk sekalian rakyat Selangor untuk menerima raja dari Siak itu namun gagal sekaligus menunjukkan penolakan unsur kepimpinan yang non-Bugis dan menunjukkan sikap anti-Belanda.

Sementara itu di Pahang,
Sultan Ibrahim telah mengatur strategi selama setahun untuk kembali merampas Bukit Malawati dari tangan Belanda. Bendahara Abd Majid telah menyediakan dan memberi sumbangan kelengkapan untuk berperang. Maka pada tahun 1785, Sultan Ibrahim bersama orang-orang Pahang seramai 2000 orang bertolak dari Pahang menuju ke Bukit Malawati untuk membuat serangan. Di tengah perjalanan, Sultan Ibrahim telah singgah di Permatang dan berjumpa dengan Punggawa Permatang untuk mendapatkan bantuan supaya tentera-tenteranya lebih kukuh untuk melawan Belanda.




Pada
27 Jun 1785, serangan telah dilancarkan di Bukit Malawati pada waktu malam dengan secara mengejut. Sultan Ibrahim yang sememangnya dikenali sebagai seorang yang agresif bersesuaian dengan jati diri anak Bugis telah melawan habis-habisan pada malam itu. Keris, lembing, tombak serta pemuras dan istinggar digunakan sebaik mungkin untuk menewaskan orang-orang Belanda. Akhirnya tentera-tentera Belanda telah berundur dan melarikan diri dengan menaiki kapal pulang ke Melaka. Sultan Ibrahim kembali bertakhta setelah setahun meninggalkan negeri.

Susulan dari itu, sekali lagi Laksamana Jacob Peter Van Braam pergi ke Kuala Selangor dengan angkatan yang lebih besar iaitu sebanyak 17 buah kapal perang. Tapi kali ini tiada serangan dibuat hanya pengepungan dilakukan. Pengepungan di sekeliling Sungai Selangor ini dilancarkan pada julai 1785. Maka beras dan lain-lain barang keperluan di Selangor telah naik harga dek kerana pengepungan tersebut. Dan ini telah mendatangkan kesusahan kepada rakyat-rakyat Selangor.

Setelah selama setahun Kuala Selangor dikepung maka pada 29 Jun 1786, Sultan Ibrahim dengan Belanda telah berdamai apabila beberapa faktor diambil kira dengan menandatangani sebuah perjanjian.

Antara syarat-syarat perjanjian ialah :-
1) Selangor akan jual hasil timah kepada Belanda.
2) Sultan Ibrahim terpaksa akui kuasa Belanda.
3) Belanda iktiraf Sultan Ibrahim sebagai raja pemerintah
.

Penentangan terhadap Belanda yang wujud di Tanah Melayu adalah disebabkan tindakan Belanda yang mencari keuntungan semata-mata. Daripada penentangan tersebut didapati orang-orang Melayu bukan sahaja berupaya melemahkan pertahanan Melaka bahkan mempunyai pertahanan yang kuat seperti di Riau di bawah Raja Haji. Kemerosotan Belanda membawa kehadiran British di Naning. Melalui perjanjian 1824 (Perjanjian London) antara British dan Belanda menunjukkan Tanah Melayu ini seperti "sebiji kek dibahagi kecil-kecil mengikut kemahuan negara-negara Barat bagi kepentingan ekonomi mereka" difaraidkan bangsa2 asing.

Sumber :

# Sejarah Selangor, DBP 1971 (Hj. Buyong Adil).
# Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad15-19, DBP 1983 (Hj. Buyong Adil).
# A Short History Of Malaya (G P Darthford).
# Sejarah Malaysia, Macmillan Press, London, 1982 (Andaya, Barbaya W. E., Andaya Leonard Yang).
# Malaysia Warisan Dan Perkembangan, DBP 1996 (Zainal Abidin Abdul Wahid).
# Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor.
# Arkib Negara Malaysia - Sejarah Selangor.

SEJARAH RINGKAS AWAL DAERAH LUKUT & LINGGI.
Lukut, Linggi dan Sg Raya adalah negeri2 yg diperintah oleh anak2 raja Bugis dan pada mulanya terletak dlm pegangan Paduka Seri Yang Dipertuan Muda Sultan Alaudin Syah ibn Daeng Rilaka (Opu Daeng Merewah) dan digantikan oleh adindanya pd tahun 1726 Paduka Seri Raja Opu Daeng Chelak. Semasa berlaku fitnah besar di Riau yg disebarkan oleh pihak2 yg mahu melaga2kan org2 Melayu dan org2 Bugis, Yang DiPertuan Muda Paduka Seri Raja Daeng Kemboja ibn Opu Daeng Parani telah memindahkan pusat/markas pemerintahan Empayar Kesultanan Melayu Johor-Riau-Lingga-Pahang ke Linggi tahun 1760an. Dgn kemerosotan kerajaan Johor-Riau,negeri2 Bugis Lukut dan Linggi yg ditadbir dan dibangunkan oleh cucu cicit dari keluarga Opu Daeng Perani iaitu Yang DiPertuan Muda ke-5 Paduka Seri Sultan Ali Alaudin 1 ibn Daeng Kemboja (Marhum P.Bayan) telah memindahkan kuasa kerajaan dan baia'h taat setia kpd kesultanan Bugis Selangor dari keluarga Opu Daeng Chelak iaitu Sultan Salehudin Syah (Raja Lumu) ibn Opu Daeng Chelak yang berpusat di Kuala Selangor sehinggalah cicitnya iaitu Sultan Abd Samad ibn Tengku Panglima Besar Raja Abdullah yg pd asalnya mentadbir Langat menjadi Sultan Selangor ke-4

dan menyerahkan negeri2 Lukut dan Linggi kpd pemerintahan Dato Klana Putera Undang Sg. Ujong pd tahun 1880an atas permintaan British yg kemudiannya termasuk dlm gabungan (confederation) Negeri2 Minangkabau iaitu N. Sembilan dibawah payung Yang DiPertuan Besar di Seri Menanti yg telah pun kehilangan negeri Naning kpd kuasa penjajah asing British yg berpusat di kota Melaka. Maka sejak dari tahun 1880, Lukut, Linggi dan Port Dickson menjadi sebahagian dari Negeri Sembilan.



No comments:

Post a Comment

Titik Tolak (Singapore History Docu) - Toggle

Titik Tolak (Singapore History Docu) - Toggle : Episode 2 dwells deeper on the key communities from the region the Malays, the Bugis, the Ja...