Feb 2, 2018

Kesultanan Selangor - sejarah awal

SEJARAH AWAL KESULTANAN SELANGOR.

Berdasarkan catitan sejarah, orang Bugis telah mendiami negeri Selangor sejak setelah tamat perang Gowa-Belanda (1666-1669) lagi. Dikatakan pada tahun 1669 terdapat kira2 150 keluarga Bugis, Makassar dan Mandar yg mendiami sepanjang pantai Klang, Kuala Selangor dan Langat. Rata2nya berasal dari Luwu, Soppeng dan Makassar. Mereka ini diperintah oleh ketua2 masing2. Malah ada antara mereka dikatakan pernah membantu Sultan Kedah dalam bentuk ketenteraan pada 4/8/1681 urusan perebutan takhta Kedah dan sekali lagi pada 1682. Dapat diandaikan yang peranan orang2 Bugis Selangor dahulu sebagai juga tentera upahan (bukan lanun) yang sering dipakai oleh kerajaan2 Melayu berhampiran.

Selangor pada masa itu seperti kebanyakkan negeri2 Melayu selatan Tanah Melayu merupakan naungan Kerajaan Johor dinasti Melaka. Namun setelah kemangkatan Sultan Mahmud mangkat dijulang pada 1699 segalanya berubah. Bendahara Tun Abdul Jalil telah ditabalkan sebagai Sultan Johor Riau yg baru menggantikan Sultan Mahmud II yg mangkat tanpa pewaris takhta maka bermulalah era dinasti bendahara dgn gelaran Sultan Abdul Jalil IV (memerintah 1699-1720). Keengganan orang2 Bugis Selangor tunduk kepada Johor di bawah pemerintahan Bendahara Sultan Abdul Jalil IV terserlah ketara di mana pada 1715, orang2 Bugis Selangor telah menyerang dan memusnahkan Kedah kerana hal tuntutan hutang, disebabkan Johor masih menganggap Selangor sebagai jajahannya, maka kerajaan Johor bertindak utk meminta cukai hasil daripada serangan Bugis Selangor terhadap Kedah. Orang2 Bugis Selangor & Linggi enggan bekerjasama. Johor Riau menyerang Selangor & Linggi namun tidak berjaya mematahkan kubu pertahanan Bugis walaupun bilangan tentera Johor lebih besar berbanding Bugis Selangor & Linggi. Kekalahan kerajaan Johor kepada Bugis Selangor menjatuhkan maruah Johor dan semakin menyerlahkan kredibiliti Johor yg semakin melemah dan kehilangan daulatnya. Pada tahun 1717, Kerajaan Johor menyerah kalah dan meninggalkan bumi Selangor, pulang ke Johor dalam kekalahan.

Huru hara berlaku dalam istana Johor dan muncul pula seorang anak raja Pagaruyung Minangkabau bernama Raja Kecil
yg mengakui anakanda Sultan Mahmud II menuntut takhta Johor. Pada masa huru hara tersebut, kedatangan 5 Opu Daeng, bangsawan Bugis dari Luwu mengubah situasi politik Johor Riau. Dikatakan 5 Opu Daeng mula sekali berdiam di Kelang, Selangor serta berkampung bersama2 orang Bugis, Makassar, Mandar yg telah mendiami Selangor sejak 1669 itu. Pada sekitar saat itu lah salah seorang dari 5 beradik Opu Daeng iaitu 
Opu Daeng Chelak mengahwini seorang wanita Bugis Selangor bernama Daeng Masik Arang Pala yg merupakan anak kepada Sullewatang Kelang pada saat itu iaitu Daeng Lakani. Perkahwinan ini lah yg beroleh seorang putera bernama Daeng Lumu. Walaupun Opu Daeng Chelak berkahwin dgn wanita Bugis Selangor dan beroleh seorang putera, beliau membawa mereka bersama2 dengannya berpindah ke Riau kemudiannya yg pada masa itu telah menjadi kubu Opu Daeng berlima utk memperkukuhkan kedudukan mereka dalam perang menghadapi Raja Kecil.

5 Opu Daeng kemudian bertindak membawa bala tenteranya yg terdiri dari angkatan Bugis Luwu, Makassar, orang Melayu Riau dan Bugis Selangor untuk membantu Johor Riau dan menghalau Raja Kecil serta tentera2 nya dari Pagaruyung dan Siak. Abang sulong dari 5 Opu Daeng iaitu Opu Daeng Merewah telah ditabalkan sebagai Yam Tuan Muda Riau yg pertama dan sejak dari itu keturunan2 Opu Daeng menguasai politik Johor Riau malah mentadbir Johor Riau dari belakang tabir. Bermulalah zaman emas Bugis di Tanah Melayu.


Walaupun begitu, disebabkan Johor Riau "diperintah" oleh dinasti Bendahara secara tidak langsung (walaupun hakikatnya sebenarnya hanya boneka), jadi banyak negeri2 di Semenanjung yg saat itu diperintah oleh ketua2 setempat (bahasa Bugis: Sullewatang) seperti Linggi, Lukut, Kelang, Langat, Selangor tidak mengakui di bawah kekuasaan Johor Riau. Kebanyakkan negeri2 ini mengakui negeri bebas. Perak yg terletak berhampiran dgn Selangor walaupun mempunyai cita2 utk meluaskan wilayahnya ke Selangor terutama kwsn sekitar Sungai Bernam namun tidak ada tindakan yg dibuat jadi Selangor kekal sebagai negeri yg merdeka. Sekitar tahun 1730 pasca tamatnya perang Raja Kecil, berlaku kekacauan di Selangor berpunca dari serangan malam yang diketuai oleh angkatan Bugis bernama Daeng Mateko yg dipercayai orang upahan Raja Kecil Siak. Rakyat Selangor hidup tidak tenteram jadi mengirimkan surat kepada Opu Daeng Chelak di Riau meminta beliau untuk menjadi ketua orang Bugis di Selangor lantas menghapuskan pengaruh Siak secara langsung di Selangor.

Opu Daeng Chelak mengetuai angkatan dan berhasil menghalau Daeng Mateko serta angkatannya dan orang2 Siak dari terus menganggu gugat Selangor. Terhutang budi pada Opu Daeng Chelak, orang2 Bugis di Selangor bersepakat untuk melantik Opu Daeng Chelak sebagai ketua mereka dan ini termasuk lah Kelang serta Langat akan mengakui pimpinan Opu Daeng Chelak. Opu Daeng Chelak terpaksa menolak tawaran itu disebabkan pada masa itu beliau telah pun menyandang posisi sebagai Yam Tuan Muda Riau ke-2 menggantikan abangnya, Yamtuan Muda Riau pertama Opu Daeng Merewah yg mangkat pada 1728. Disebabkan orang Selangor sangat mengharapkan beliau menetap di Selangor dan menjadi ketua mereka jadi Opu Daeng Chelak telah membuat keputusan utk menghantarkan anak sulungnya sendiri iaitu Daeng Lumu utk mewakilkan dirinya menjadi ketua orang Bugis di Selangor. Daeng Lumu(Daeng Pali) merupakan anak lelaki beliau yg pertama dgn wanita Bugis Selangor Daeng Masik Arang Pala.

Daeng Lumu disayangi dan dihargai oleh penduduk Selangor sebagaimana mereka menyayangi Opu Daeng Chelak ini disbbkan sifat Daeng Lumu yg saling tk tumpah seperti ayahnya. Ternyata Opu Daeng Chelak sangat bagus dalam mendidik anak2nya.

Daeng Lumu kekal menjadi ketua Bugis di Selangor sehinggalah sewaktu kemangkatan ayahandanya Opu Daeng Chelak pada 1745 akibat penyakit Malaria. Jawatan Yamtuan Muda Riau kemudiannya diperturunkan kepada anakanda Opu Daeng Perani (mangkat di Kedah pada 1726) iaitu Daeng Kemboja. Pertabalan Daeng Kemboja sebagai Yamtuan Muda Riau ke-3 diadakan sebagai menghormati wasiat Opu Daeng Perani yg mangkat sewaktu di pangkuan adindanya Opu Daeng Chelak akibat bedilan curi Raja Kecil sewaktu perang Bugis - Minangkabau di Kedah.

Daeng Lumu pulang ke Selangor setelah selesai 44 hari perkabungan kemangkatan Opu Daeng Chelak walaupun Daeng Kemboja mulanya memujuk Daeng Lumu utk menemaninya di Riau. Namun berkat tanggungjawab dan amanah ayahanda mereka, Daeng Kemboja mengizinkan Daeng Lumu pulang ke Selangor. Rakyat Selangor bersedih atas kemangkatan ketua kesayangan mereka Opu Daeng Chelak dan berjanji utk setia bersama Daeng Lumu.

Daeng Lumu
kemudiannya bercadang utk memperkukuhkan posisi beliau di Selangor. Memandangkan pada masa itu Selangor masih lg daerah yg merdeka. Kerajaan Johor Riau menganggap Selangor sebagai naungannya tapi orang Selangor tidak pernah mengakui sebahagian dari Johor Riau. Manakala di utara, Kerajaan Perak sentiasa memerhati Selangor dgn penuh minat namun tidak berani bertindak apa2 kerana orang Selangor terkenal dgn ketangkasan mereka dlm peperangan kerana mereka semuanya orang Bugis. Malah orang2 Selangor juga pernah bersama Opu Daeng Chelak menyambut sahutan peperangan utk membantu Perak dalam urusan perebutan takhta di Perak pada 1730an. Daeng Lumu berasakan adalah wajar utk menubuhkan kerajaannya sendiri, cadangan beliau disambut dengan baik oleh orang2 Selangor sekaliannya. Tetapi untuk menjadi raja di sebuah kerajaan, beliau harus mendapat perkenan dari kerajaan2 Melayu lain yg sedia ada.

Hubungan Selangor dengan Kerajaan Johor agak tegang, jadi Daeng Lumu bercadang utk mendekati Kerajaan Perak. Sultan yg memerintah
Perak pada masa itu adalah Sultan Iskandar Zulkarnain (1752-1765), Raja Kerajaan Perak ke-15. Baginda menyambut utusan dari Daeng Lumu di Kuala Bernam (sempadan Perak-Selangor) beting beras basah. Ketibaan Daeng Lumu disambut dengan penuh istiadat diraja. Setelah semua ujian dilakukan tidak mendatangkan apa2 bencana terhadap Daeng Lumu, baginda Sultan Iskandar Zulkarnain pun mengesahkan pelantikan tersebut. Kebijaksanaan Daeng Lumu meraihkan kejayaan beliau. Pertabalan penuh bersejarah itu dilakukan di Dinding (skrg dikenali sebagai Pulau Pangkor) dalam tahun 1756. Selesai sahaja pertabalan, Daeng Lumu pulang ke Kuala Selangor dan dikenali sebagai Raja Lumu Sultan Salehuddin Shah, Raja Selangor yang memerintah di Kota Malewangti (skrg dikenali sebagai Kota Melawati). Baginda memerintah negeri Selangor dan jajahannya meliputi: Sungai Bernam, Sungai Selangor, Sungai Kelang, Sungai Langat dan Sungai Linggi dari tahun 1756 hingga mangkatnya baginda pada 1778. Keturunan dinasti Ini berterusan memerintah Selangor hingga lah sekarang.



Ihsan Wija mahkota Selangor

No comments:

Post a Comment

Titik Tolak (Singapore History Docu) - Toggle

Titik Tolak (Singapore History Docu) - Toggle : Episode 2 dwells deeper on the key communities from the region the Malays, the Bugis, the Ja...